Monday, July 09, 2012

Format Laptop Dengan Pendrive / USB

Bagi sesetengah laptop atau netbook, ada diantaranya tidak disediakan dengan DVD/CD drive. Kekurangan ini tentu sukar kalau kita memerlukan proses 'Format'  pada laptop tersebut.

Disini kami kongsikan kepada ada bagaimana hendak format laptop mengunakan pendrive.

Apa yang anda perlukan?
1. Windows 7 ISO (yang telah siap di download)
2. Download Win Setup Format Usb
3. Pendrive 2 Gb ke atas

Sebaik saja anda selesai download tools di atas, buka Win Setup Format Usb. dan paparan berikut akan
keluar.


Pastikan nama pendrive anda muncul dalam kotak bahagian atas sekali.

Dalam ruangan ADD TO USB DISK, ada 5 pilihan untuk anda. Klik pada kotak yang anda  ingin pilih. Contoh - Sekiranya nak format Windows 7, klik pada kotak kedua.

Disebelah kanan itu adalah button untuk cari dimanakah data ISO Windows 7 yang anda download tadi.

Akhir Sekali Klik butang Go.



Selepas selesai, bolehlah memulakan aktiviti format laptop anda, caranya sama sahaja dengan cara format melalui cd.

Tetapi sebelum itu pastikan anda tukar boot sequence kepada USB, supaya nanti komputer anda apabila boot, komputer akan detect pendrive anda dahulu.

Semoga Bermanfaat ^^


5 comments:

Ikhmal Malique said...

Semoga bermanfaat

Pena Islam said...

wah...bagus ni..lepasni boleh format sendiri..

Pena Islam said...

jom baca sini n kalo sudi komen skali
http://penaislam2u.blogspot.com/2012/07/countdown-to-ramadhanwelcome.html

::azmina nordin:: said...

kalau nak format c sahaja macam mana..saya tak nak format D dan E

Anonymous said...

kalau dah download os tu..i mean zip file..nak extract dulu ke

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates