Thursday, July 12, 2012

Apa Itu Keylogger Dalam Dunia Hacking

Apa itu Keylogger? Bagi yang kurang mengetahui mengenai dunia it, mungkin tidak pernah mengetahui apa itu keylogger.

Baiklah sebelum penulisan mengenai apa itu kelogger ini di lanjutkan aku ingin berpesan kepada anda, entri ini di wujudkan untuk mendedahkan kepada orang biasa (tidak tahu apa apa ) mengenai dunia it dan teknologi supaya mereka berwaspada dan lebih berhati hati di dunia it.

Keylogger adalah sejenis kuih perisian yang di buat untuk merakam aktiviti aktiviti di komputer anda termasuklah merakam setiap aksara yang anda taip di keyboard.


Contoh macam perisik la.


Keylogger ada juga datang dalam bentuk hardware, tapi zaman sekarang dah maju. mungkin hardware sudah tidak di keluarkan.

Dalam aktiviti Hacking, keylogger ini boleh boleh di anggap paling bahaya jika disalah guna. Perisian ini akan menyalin setiap ketukan keyboard yang anda taip. Andaikan bahawa anda sedang memasukkan password nombor akaun bank, dan keylogger ini akan menyalin nya dan akan terus dihantar kepada pemilik keylogger tu. Teruk bukan.

Cara Pencegahan.
Awasi setiap
sofware yang anda download. Jangan download crack atau sofware dari sumber yang tidak boleh di percayai.

Aktifkan dan Update antivirus anda. Kebanyakan keylogger mudah untuk di kesan oleh antivirus. Jangan abaikan amaran yang muncul di antivirus anda jika anda ingin menginstall sesuatu. selalunya perkataan "Spyware" akan ada jika antivirus detect keylogger di komputer anda.

Manipulasikan ketukan keyboard apa bila ingin memasukkan password contohnya di facebook apabila anda melayarinya di cyber cafe.
contohnya : password facebook anda "QWERTY". tetapi semasa memasukkan password, anda taip berselang seli dengan huruf lain. lepas tu anda padam lah huruf yang lain tu.

Contoh Kelogger jenis Sofware

Contoh Keylogger jenis Hardware


No comments:

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates