Wednesday, July 11, 2012

Apa itu Backdoor dan Tips Cegah Di Godam

Baiklah, kali ni aku nak menulis mengenai tentang sesuatu perkara yang jarang jarang orang biasa macam aku ni tahu.terutama pakcik makcik datuk nenek diluar sana,  Seperti tajuk yang anda lihat. Backdoor. Jadi apa itu backdoor?

Sebelum aku lanjutkan penulisan aku mengenai backdoor ni, aku harap anda semua dapat memahami dan membaca entry aku yang tak seberapa ini sampai habis. ambil lah masa 5 - 10 minit, bukan apa, entry ini penting untuk orang orang biasa, makcik pakcik yang di luar sana ni untuk menjamin keselamatan di dalam dunia siber yang penuh tipu daya ini.

Apa itu backdoor.
Sebagai pengenalan, Backdoor boleh dikenali sebagai program atau cebisan malware yang amat berbahaya kerana ianya membolehkan seorang Hacker / Cracker mengendalikan, mencuri data, mengenalpasti password atau apa saja di komputer anda tanpa di ketahui oleh anda.

Contoh : Anda sedang sedap sedap

minum kopi sambil cicah roti 4 segi di ruang tamu, tanpa anda sedari ada penyamun tengah selongkar dapur nak curi gula ikut pintu belakang.

Tidak kisah la apa tujuan
si Hacker atau Cracker tu mencipta dan menghasilkan backdoor (tujuan utama mesti nak dapatkan maklumat anda)

Bertambah teruk lagi, apabila backdoor yang dihasilkan dapat meremote access yang berfungsi memonitor atau melihat anda secara live atau snapshot  menerusi webcam yang terbuka tanpa anda sedar.!

Malah lebih dashat lagi segala maklumat akaun Bank, media sosial seperti facebook dan pelbagai lagi dengan mudah diperolehi oleh orang lain.

Oh ya, Benar, bukan semua hacker dan cracker ini jahat. tahniah jika anda seorang hacker yang beretika. Ada juga hacker yang mengunakan pintu belakang ini untuk kebaikan, dan bukannya untuk memusnahkan. Yang menjadi kerisauan ialah lamer -lamer atau wanna be hacker yang mengunakan ilmu yang untuk kepentingan sendiri. dengan erti kata lain untuk nak belagak dengan orang lain. puihhh..!

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. jadi apa cara pencegahan nya?

Jangan download sebarangan.
ini penting, selalu juga kan kita download tool-tool atau sofware lebih lebih lagi crack yang kita tidak pasti mana sumbernya. contohnya keygen.exe padahal ia bukanlah sofware yang sebenarnya tetapi fake sofware.

Aktifkan Firewall komputer anda

Update selalu Antivirus

Berhati hati dengan attchment dan file transfer melalui medium sosial seperti YM, Facebook, dan lain lain.

Jangan bagi pinjam laptop atau komputer anda kepada orang seberangan.

Peka dengan dunia cyber, layari site site yang berinfomasi

Sekian sedikit penerangan ringkas. kalau ada apa apa komen atau info tambahan atau pembetulan, sila jangan segan segan komen. apa salahnya kita berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama.. ^^

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih ....maklumat ini sangat berguna...@@

Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates